TRAUMA REMAJA KORBAN KONFLIK BERSENJATA DAN TSUNAMI DI ACEH
TRAUMA AMONG ADOLESCENTS VICTIM OF ARMED CONFLICT AND TSUNAMI IN ACEH
DOI:
https://doi.org/10.32734/psikologia.v8i1.2553Keywords:
Trauma, Trauma Symptom Inventory, Post Traumatic Stress DisorderAbstract
Kajian trauma dalam kalangan remaja mangsa konflik dan tsunami di Aceh dilakukan kerana beberapa asumsi iaitu Aceh dalam sejarah yang berpanjangan telah berlaku konflik bersenjata, selain itu juga telah terjadi gempa yang maha dahsyat yang dibarengi dengan tsunami. Peristiwa tersebut telah membuat ramai masyarakat terutama remaja mengalami kesan trauma pada taraf yang sederhana, dan terdapat perbezaan yang signifikan pada setiap wilayah, sumber trauma dan jantina yang memerlukan pengkawalan secara profesional terutamanya wilayah-wilayah yang hasil ujian post hoc sangat berbeza seperti di Bireun, Aceh Selatan dan Abdya agar remaja yang mengalami trauma dapat hidup secara munasabah dan dapat merancang kehidupan yang selesa dimasa hadapan melalui layanan kaunseling trauma. Kajian ini menggunakan manual standar Trauma Symptom Inventory (TSI) yang sudah diubah pakai sesuai dengan bahasa tempatan. Manual ini dibahagi kedalam dua sakala iaitu Skala Validiti dan Skala Klinikal. Remaja yang merespon indikator tersebut dengan skor tinggi maka dapat dikatakan mereka mengalami trauma dan memerlukan pengkawalan yang serius agar tidak menjadi Post Traumatic Syndrome Disorder (PTSD). Trauma ini sangat membahaya kerana dapat menggangu kesehatan fizikal dan psikis dan bila berpanjangan akan menyebabkan sakit mental.